Renew MOF

RENEW LESEN KEWANGAN MOF

LANGKAH-LANGKAH PERBAHARUI LESEN KEWANGAN, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF)

 

1. MENGISI BORANG PERMOHONAN

Pelanggan mengisi borang permohonan yang terdapat di dalam laman web ini

2. PERMOHONAN DISEMAK

Pihak kami akan menyemak borang permohonan dan akan memberi maklumat tentang syarat-syarat kelayakan tambahan yang perlu dipatuhi.

3. DOKUMEN DIHANTAR

Pelanggan perlu menghantar dokumen yang diperlukan kepada pihak kami

4. PERMOHONAN DIPROSES

Pihak kami akan menghantar borang permohonan yang lengkap untuk diproses oleh sistem perolehan Kementerian Kewangan Malaysia

5. PENERIMAAN SIJIL LESEN KEWANGAN

Permohonan yang telah lulus akan mendapat sijil. Pihak kami akan menghantar sijil kepada pelanggan melalui email.

 

Ingin kami bantu anda Renew Lesen Kewangan MOF online dengan Kementerian Kewangan Malaysia? Kerana disebabkan ada dikalangan pembekal masih tidak tahu hendak buat pembaharuan Lesen Kewangan MOF dan memerlukan khidmat konsultan kami di ezbiz-solution.online. Jadi sudah menjadi tanggungjawab kami sebagai konsultan membantu anda untuk Renew Lesen Kewangan MOF sehingga mendapat kelulusan daripada MOF.

Disini, saya terangkan proses-proses yang perlu para pembekal lakukan untuk renew Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Langkah pertama, anda disarankan untuk mengisi borang permohonan atau borang maklumat yang disediakan di laman sesawang kami iaitu ezbiz-solution.online. Anda akan diminta untuk melengkapkan ruangan kosong dengan mengisi maklumat-maklumat syarikat yang diminta di dalam borang tersebut.

Selepas semua maklumat telah diisi, anda perlu menekan butang but now tetapi sila pastikan sebelum menghantar borang tersebut, nombor telefon yang diisi adalah betul dan staff incharge kami akan segera menghubungi anda. Hal ini kerana kebanyakan klien kami sering tersilap isi maklumat yang penting itu dan menyebabkan kesukaran pegawai kami untuk menghubungi anda.

Seterusnya staff incharge kami akan menghubungi melalui maklumat yang disertakan oleh tuan/puan untuk penerangan lebih lanjut berkenaan Renew Lesen Kewangan MOF, tuan puan juga boleh whatsapp kami di talian 011-62826110, staff incharge kami akan hubungi tuan/ puan dalam tempoh segera pada hari yang sama tuan/ puan membuat permohonan. Jika ada kekurangan document staff incharge akan whatsapp dan memberitahu documents yang di perlukan. tuan/ puan juga boleh menghantar documents tersebut di whatsapp dan juga email.

 

 

Perniagaan ROB (Perkongsian/ Pemilikan Tunggal & Persendirian)

  1. Borang D/E SSM + Maklumat pemilik & perniagaan yang masih sah tempoh (jenis perniagaan SSM mestilah selari dengan bidang pendaftaran MOF.
  2. Penyata bank bagi akaun semasa syarikat (current account) yang terkini berbaki sekurang-kurangnya RM2,500.00.
  3. Salinan kad pengenalan semua pemilik syarikat.
  4. Salinan kad pengenalan pekerja.
  5. Perjanjian sewa premis yang dimatikan setem hasil/dokumen hakmilik/surat kebenaran pemilik premis syarikat.

 

Syarikat ROC (Sendirian Berhad/ Berhad)

  1. Borang 9 atau 13.*Certified True Copy oleh setiausaha syarikat.
  2. Borang Pindah Milik Saham (32A) / Section 105 yang telah dimatikan setem (jika berkenaan).*Certified True Copy oleh setiausaha syarikat.
  3. Form of Annual Return (Section 68) terkini bagi syarikat melebihi 1 tahun kewangan (modal berbayar minima RM2,500.00).*Certified True Copy oleh setiausaha syarikat.
  4. Memorandum And Articles of Association (M&A) / Form Application for Registration of Company (section 14).*Certified True Copy oleh setiausaha
  5. Penyata akaun bank semasa syarikat (bank current account) satu bulan terkini.
  6. Resolusi lembaga pengarah mengenai kuasa tandatangan cek bagi akaun syarikat.*Certified True Copy oleh setiausaha syarikat.
  7. Salinan kad pengenalan atau passport semua pengarah dan pemilik saham syarikat.
  8. Penyata/Borang A & resit bayaran KWSP pekerja bagi bulan terkini.
  9. Salinan kad pengenalan pekerja syarikat.
  10. Perjanjian sewa premis yang dimatikan setem hasil/dokumen hakmilik/surat kebenaran pemilik premis syarikat.

Untuk makluman para pembekal borang pengiystiharan dan borang senarai kod bidang, pihak kami akan sediakan bagi pihak anda semasa anda ingin renew MOF dan anda dikehendaki isi serta cop syarikat sahaja pada borang tersebut.

Sebaik sahaja semua dokumen yang diperlukan sudah lengkap dan sudah diterima oleh pegawai kami, proses semakan akan dilakukan dalam tempoh penerimaan dokumen itu. Pegawai kami akan hubungi tuan/puan sekiranya terdapat kekurangan pada dokumen. Sekiranya semua dokumen sudah lengkap pegawai kami akan proses dengan daftar eperolehan online dahulu sebelum submit permohonan.

Untuk makluman tuan/ puan, tempoh kelulusan mengambil masa 7 hari hingga 10 hari bekerja. Permohonan yang telah lulus akan terima Sijil Kementerian Kewangan (MOF) di whatsapp dan juga email dalam format pdf.