Daftar SSM Online

Pendaftaran SSM Online

Langkah-langkah pendaftaran perniagaan tunggal/perkongsian

Untuk Pendaftaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) secara online anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

1. Pelanggan mengisi borang Pendaftaran SSM

Isi maklumat yang diperlukan dalam borang Rendaftaran SSM dalam talian. Anda perlu memberikan maklumat tentang syarikat yang ingin didaftarkan, seperti nama syarikat, alamat, jenis perniagaan, dan lain-lain.

2. Memuat naik dokumen yang diperlukan

Anda mungkin perlu mengemukakan dokumen-dokumen tertentu bersama-sama dengan permohonan Pendaftaran SSM anda. Dokumen ini boleh termasuk sijil kelahiran pemilik syarikat, perakuan asal nama syarikat, dan lain-lain. Pastikan anda menyediakan semua dokumen yang diperlukan.

3. Sahkan dan Hantar Permohonan

Semak semula semua maklumat yang anda masukkan untuk memastikan permohonan Pendaftaran SSM anda adalah betul. Setelah yakin dengan maklumat yang diberikan, hantar permohonan tersebut.

4. Membuat bayaran Pendaftaran SSM

Anda boleh membuat pembayaran Pendaftaran SSM secara online yang di sediakan dalam website.

5. Proses Permohonan Pendaftaran SSM Online

Selepas membuat bayaran, staff incharge akan memeriksa permohonan pendaftaran anda dan dokumen yang dikemukakan. Mereka akan menghubungi anda jika terdapat sebarang maklumat tambahan yang diperlukan atau jika terdapat sebarang isu yang perlu diselesaikan.

6. Kelulusan Pendaftaran SSM secara dalam talian

Setelah permohonan pendaftaran anda diluluskan, anda akan menerima sijil pendaftaran syarikat anda dalam format pdf di email dan whatsapp

Jika pelanggan pertama kali mendaftar akaun EzBiz SSM Online:

Staf incharge Akan mendaftarkan akaun EzBiz Online untuk pelanggan jika pelanggan belum mempunyai akuan EzBiz Online serta meminta dokumen tambahan untuk membuat akuan EzBiz Online terlebih dahulu, dokumen tambahan adalah seperti (gambar kad pengenalan depan/belakang, gambar muka sedang memegang kad pengenalan, 1 gambar dokumen sokongan seperti lesen memandu atau sijil lahir atau sijil nikah).
Staff incharge juga akan meminta pelanggan memilih tarikh dan masa janjitemu sesi video call bersama pegawai SSM Untuk proses verifikasi.
Selepas verifikasi selesai, pelanggan boleh menunggu 2-5 Hari bekerja untuk proses Pendaftaran selesai. Staf bertugas mungkin akan menghubungi lagi pelanggan sekiranya ada maklumat-maklumat dalam borang yang perlu penjelasan lanjut atau perlu diubah sedikit atau sebagainya.
Sijil Pendaftaran yg telah diluluskan akan dihantar ke email dan whatsapp pelanggan dalam format PDF.

Jika pelanggan mempunyai akaun EzBiz Online:

Staf bertugas Akan memaklumkan kepada pelanggan untuk melihat Email inbox untuk melihat username dan password sementara yang telah dihantar oleh sistem SSM
Username dan password sementara itu perlu dibenarkan diberi kepada staf bertugas supaya staf bertugas dapat meneruskan proses Pendaftaran SSM seterusnya
Pelanggan boleh menunggu 2-5 hari bekerja untuk proses pendaftaran selesai. Staf bertugas mungkin Akan menghubungi lagi pelanggan sekiranya ada maklumat-maklumat dalam borang yang perlu penjelasan lanjut atau perlu diubah sedikit atau sebagainya.
Masa kelulusan bergantung kepada maklumat dalam borang permohonan.
Sijil SSM yg telah diluluskan akan dihantar ke email dan whatsapp pelanggan dalam format PDF.
Hanya untuk Perniagaan Tunggal dan Perkongsian sahaja. SDN BHD, PLT, LLP, KLINIK, SYARIKAT GUAMAN, Negeri SABAH dan Negeri SARAWAK tidak boleh menggunakan borang ini.

Pentadbiran SSM dalam talian mungkin berubah dari masa ke semasa, jadi pastikan anda merujuk kepada panduan dan arahan yang terkini di laman web mereka. Anda juga boleh hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan.